Kidventure – Rakaman Webinar Atas Talian – Bijak Kewangan
6 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 5 April 2026, telah berlangsung Kidventure - Rakaman Webinar secara atas talian bertajuk Bijak Kewangan yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai pengurusan kewangan secara bijak. Ianya termasuk konsep asas seperti menabung, berbelanja secara berhemah dan kepentingan merancang kewangan sejak kecil. Melalui sesi rakaman ini, peserta dapat mengikuti pembelajaran secara fleksibel sambil meningkatkan kesedaran tentang kepentingan literasi kewangan dalam kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: